Saturday, October 10, 2009

ABOUT US




Kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Siti Soleha Binti Ismail, Siti Muysyarah Binti Azman, Salina Binti Musa, Freschela Pinus dan Nur Izatul Zaharah Binti Mohammad. Kami adalah pelajar Komunikasi Tahun 2 , Sekolah Sains Sosial.

Thursday, October 8, 2009

MALAS ATAU SIBUK?

29 September, Selasa - Kejadian berlaku pada kira - kira jam 10 pagi. Saya telah berkunjung ke Anjung Siswa untuk membuat pembayaran, namun setibanya saya di sana satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku telah berlaku. Saya telah mengambil nombor giliran untuk menunggu giliran saya tiba, selepas setengah jam menunggu bersama pelajar yang lain seorang staf telah menyatakan bahawa tiga kaunter ( akademik, bendahari, pembayaran) tidak akan dibuka dan hanya dibuka selepas jam 2. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku kerana waktu tersebut itu bukanlah waktu rehat (10 pagi) dan lebih mengecewakan kerana hanya satu kaunter sahaja yang dibuka, iaitu kaunter H.E.P. Persoalannya disini, dimanakah staf - staf yang lain? Malas ataupun terlalu sibuk?

Friday, October 2, 2009

KERETA TERBAKAR PEMANDU SELAMAT

30 September, Rabu - Satu kejadian kebakaran yang membabitkan sebuah kereta telah berlaku pada pukul 6.45 petang dekat Likas. Kebakaran yang melibatkan sebuah kereta jenis VIVA meletup dan kemudiannya terbakar keseluruhannya. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut telah mengakibatkan jalan raya sesak teruk sepanjang laluan menuju ke UMS. Kereta bergerak sangat perlahan sepanjang kejadian berlaku. Keadaan kembali terkawal seperti biasa setelah pihak berkuasa mengambil lanhkah mengawal keadaan sesak sepanjang kejadian tersebut.