Monday, August 31, 2009

PUASA UNTUK LEBIH SIHAT

Tanpa kita sedari, sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita tabah dan berjaya menjalani dugaan dan cabaran di bulan yang mulia ini. Janganlah kita lemah dan tidak berdaya walaupun harus berlapar di siang hari kerana puasa mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan berpuasa adalah:


+ awet muda
+ mengurangkan berat badan
+ mendapat tubuh badan yang menarik
+ MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL
+ berjimat
+ kesihatan tubuh badan
+ selaku ‘overhaul’ tubuh
+ menurunkan tekanan darah
+ mengurangkan ketegangan
+ menurunkan kadar kolesterol
+ meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual
+ mengurangkan stres
+ tidur lebih nyenyak
+ memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit
+ mengurangi kebergantungan terhadap ubat – ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.

Sebelum kita mendapat pelbagai kebaikan daripada ibadah berpuasa, kita haruslah mengikhlaskan niat kita dahulu. Melakukannya kerana Allah SWT. InsyaAllah ibadah yang kita lakukan diterima Allah SWT.

Hadis Nabi SAW: ‘berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat’

0 comments: