Tuesday, August 3, 2010

PENGAJARAN...

tidak semua perkara boleh dianggap mudah...mungkin apa yang kita lakukan kita anggap remeh tetapi telah mengguris hati orang lain..berilah kerjasama kepada yang ingin membantu..hargai usaha orang lain yang diberikan kepada kita..berubah untuk jadi seseorang yang lebih baik setiap hari..

p/s:ingatan untuk kwn2 dan diri sendiri yang sentiasa alpha dan leka..
tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi...:-)

Saturday, October 10, 2009

ABOUT US




Kami terdiri daripada 5 orang ahli iaitu Siti Soleha Binti Ismail, Siti Muysyarah Binti Azman, Salina Binti Musa, Freschela Pinus dan Nur Izatul Zaharah Binti Mohammad. Kami adalah pelajar Komunikasi Tahun 2 , Sekolah Sains Sosial.

Thursday, October 8, 2009

MALAS ATAU SIBUK?

29 September, Selasa - Kejadian berlaku pada kira - kira jam 10 pagi. Saya telah berkunjung ke Anjung Siswa untuk membuat pembayaran, namun setibanya saya di sana satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku telah berlaku. Saya telah mengambil nombor giliran untuk menunggu giliran saya tiba, selepas setengah jam menunggu bersama pelajar yang lain seorang staf telah menyatakan bahawa tiga kaunter ( akademik, bendahari, pembayaran) tidak akan dibuka dan hanya dibuka selepas jam 2. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku kerana waktu tersebut itu bukanlah waktu rehat (10 pagi) dan lebih mengecewakan kerana hanya satu kaunter sahaja yang dibuka, iaitu kaunter H.E.P. Persoalannya disini, dimanakah staf - staf yang lain? Malas ataupun terlalu sibuk?

Friday, October 2, 2009

KERETA TERBAKAR PEMANDU SELAMAT

30 September, Rabu - Satu kejadian kebakaran yang membabitkan sebuah kereta telah berlaku pada pukul 6.45 petang dekat Likas. Kebakaran yang melibatkan sebuah kereta jenis VIVA meletup dan kemudiannya terbakar keseluruhannya. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian tersebut telah mengakibatkan jalan raya sesak teruk sepanjang laluan menuju ke UMS. Kereta bergerak sangat perlahan sepanjang kejadian berlaku. Keadaan kembali terkawal seperti biasa setelah pihak berkuasa mengambil lanhkah mengawal keadaan sesak sepanjang kejadian tersebut.

Sunday, September 6, 2009

Suasana waktu kuliah

video ini di ambil ketika kuliah Teknologi Maklumat (AK20303). Setiap pelajar kelihatan sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mendengar kata-kata pensyarah. Hal ini demikian kerana En.Suhaimi (pensyarah) merupakan seorang yang baik hati sehinggakan pelajar terlalu manja dengan beliau.


Monday, August 31, 2009

PUASA UNTUK LEBIH SIHAT

Tanpa kita sedari, sudah lebih seminggu kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita tabah dan berjaya menjalani dugaan dan cabaran di bulan yang mulia ini. Janganlah kita lemah dan tidak berdaya walaupun harus berlapar di siang hari kerana puasa mempunyai banyak kelebihannya. Antara kelebihan berpuasa adalah:


+ awet muda
+ mengurangkan berat badan
+ mendapat tubuh badan yang menarik
+ MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL
+ berjimat
+ kesihatan tubuh badan
+ selaku ‘overhaul’ tubuh
+ menurunkan tekanan darah
+ mengurangkan ketegangan
+ menurunkan kadar kolesterol
+ meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual
+ mengurangkan stres
+ tidur lebih nyenyak
+ memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit
+ mengurangi kebergantungan terhadap ubat – ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.

Sebelum kita mendapat pelbagai kebaikan daripada ibadah berpuasa, kita haruslah mengikhlaskan niat kita dahulu. Melakukannya kerana Allah SWT. InsyaAllah ibadah yang kita lakukan diterima Allah SWT.

Hadis Nabi SAW: ‘berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat’

Wednesday, August 19, 2009

AURA WARNA

merah-dimaknakan dengan kemarahan dan hawa nafsu. Individu yang mempunyai kegemaran warna merah merupakan seorang yang berwibawa dan suka melindungi orang yang lemah.

biru-manifestasi rasa keagamaan yang kuat,taat dan cita-cita mulia yang asa pada diri. Individu biru selalunya pemurung,pasif tetapi menyenangkan dan selalu mengharapkan kedamaian.

kuning-dikaitkan dengan kecerdasan,menggemari warna kuning selalunya bersifat optimis,periang,senang bergaul dan disukai kawan.

hitam-banyak diertikan sebagai fikiran negatif,memiliki jiwa yang celaru tetapi lincah dalam hal2 yang tertentu.

hijau-dikaitkan dengan sifat baik,menggemari hijau dikaitkan dengan romantik,sukakan keindahan,alam dan udara yang sejuk dan selalu berpegang pada prinsip.

oren-bercita-cita tinggi dan selalu ceria.

coklat-bersikap mementingkan diri sendiri.

ungu-mempunyai peribadi yang luar biasa,optimis,tidak pernah ragu-ragu dan setiap yang dikerjakannya mestilah perfect!