Thursday, October 8, 2009

MALAS ATAU SIBUK?

29 September, Selasa - Kejadian berlaku pada kira - kira jam 10 pagi. Saya telah berkunjung ke Anjung Siswa untuk membuat pembayaran, namun setibanya saya di sana satu perkara yang sepatutnya tidak berlaku telah berlaku. Saya telah mengambil nombor giliran untuk menunggu giliran saya tiba, selepas setengah jam menunggu bersama pelajar yang lain seorang staf telah menyatakan bahawa tiga kaunter ( akademik, bendahari, pembayaran) tidak akan dibuka dan hanya dibuka selepas jam 2. Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku kerana waktu tersebut itu bukanlah waktu rehat (10 pagi) dan lebih mengecewakan kerana hanya satu kaunter sahaja yang dibuka, iaitu kaunter H.E.P. Persoalannya disini, dimanakah staf - staf yang lain? Malas ataupun terlalu sibuk?

0 comments: