Monday, August 3, 2009

fungsi-fungsi ICT

Fungsi-fungsi ICT

Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT merupakan sesuatu sinonim dengan generasi masa kini. Malah ICT pada hari ini merupakan satu keperluan harian.

Kepentingan atau fungsi ICT sememangnya luas dan banyak. Antaranya memudahkan pengurusan dalam pendidikan. Malah, dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasi tersebut. ICT sangat membantu agar pengurusan sekolah dapat berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat khususnya yang melibatkan penyimpanan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, hal yang berkaitan peperiksaan dan sebagainya. Sebagai contoh dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam bentuk graf, carta, senarai dan jadual-jadual statistik. Ini dapat di membantu pentadbiran sekolah untuk membuat sebarang analisis. Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. guru-guru kini mempunyai kebolehan dan kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, video, komputer, komputer riba, dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, blog dan sebagainya.
kini setiap sekolah sudah memperkenalkan matapelajaran ICT, ini membuktikan bahawa ICT mempunyai kepentingan.

Selain itu, ICT juga berfungsi dalam membantu pembelajaran jarak jauh. Perkembangan pesat ICT memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan pemangkin kepada sistem pendidikan negara untuk mengimplementasikan ICT di dalam pendidikan. Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan merupakan sebahagian daripada tahap awal penggunaan ICT di dalam pendidikan di negara ini. PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor, interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau peribadi melalui komputer dan melalui tele sidang. pengimplementasian PJJ dalam talian ini juga dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi pendidikan yang bersesuaian. Antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-bahan pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. Bahan-bahan pembelajaran ini merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran, glosari dan rujukan ke laman Web yang berkaitan.

Sebenarnya pengunaan ICT ini terlalu banyak dan ia sukar untuk diperjelaskan satu per satu kerana ICT merupakan sesuatu yang sukar untuk dijelaskan secara teori namun, ia mudah jika dijelaskan secara praktikal.

0 comments: