Sunday, August 2, 2009

KKIP Women day yang meriah!!

Tanggal 26 julai lalu, HELWA Kolej Kediaman Indah Permai telah menganjurkan satu program yang julung-julung kali diadakan. Program yang mengumpulkan seluruh siswi kolej kediaman indah permai ini diberi nama ‘KKIP Women Day 09’

7.00 a.m - siswi-siswi berkumpul di perkarangan bangunan JAKMAS dan HEP Kolej Kediaman Indah Permai untuk sama-sama memeriahkan aktiviti senamrobik. Aktiviti ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran felo-felo yang sporting habis bergelek dan melakukan poco-poco bersama siswi-siswi.

Hampir 45 minit berdansa dan bergelek, siswi-siswi dan felo-felo yang hadir diberi sarapan percuma yang disediakan oleh penganjur. Menurut sumber kami, sarapan tersebut dibuat dan disediakan oleh ‘mbak soto’ kesayangan KKIP. Perut pun sudah kenyang, hati semakin riang..hehe..

9.00 a.m - Program KKIP Women Day diteruskan lagi dengan sesi ceramah dan motivasi kesihatan. Penganjur menjemput khas DR. Rumihati yang merupakan Pakar Kesihatan yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Putatan.


Walaupun ceramah ini mengambil masa 2 jam, siswi2 dan felo2 tidak berasa bosan dan mengantuk kerana bentuk penyampaian ceramah Dr. Rumihati yang bersahaja dan sekali-sekala agak lucu. Antara topic yang diceritakan kepada siswi dan felo2 adalah penjagaan kesihatan wanita, persediaan sebelum meniti alam perkahwinan, masalah-masalah kesihatan wanita, kanser dan banyak lagi.

11.15 a.m - Sesi ceramah sudahpun selesai, ketibaan Timbalan Pendaftar HEP, Universiti Malaysia sabah, En. Masri bin Jundak disambut oleh Exco HELWA Kolej Kediaman Indah permai, Saudari Walidah bt. Larawiki dan Yang Di-Pertua JAKMAS KKIP, Saudara Rasman bin Anuar.


Sebelum majlis perasmian bermula, En. Masri terlebih dahulu dibawa untuk melihat pameran yang turut disertai oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita negeri Sabah selain pemeran aktiviti sepanjang semester yang telah dijalankan oleh HELWA Kolej Kediaman Indah Permai.




11.45 a.m – majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bertekad Cemerlang dan lagu kolej ‘KKIP Gemilang’. Bagi merahmati lagi majlis tersebut, saudara Asyraf mengetuai bacaan doa pada pagi itu. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil Pemangku Pengetua Kolej Kediaman Indah Permai diikuti ucapan alu-aluan daripada Pengarah Program, Saudari Ick Elyrenzine Linsap. Kemuncak majlis tersebut adalah ucapan daripada Timbalan Pendaftar HEP, Universiti Malaysia Sabah, En. Masri bin Jundak yang seterusnya merasmikan program tersebut.



12.45 p.m – majlis perasmian diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan cendera kenang-kenangan kepada tetamu-tetamu VIP, Felo-felo, dan wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah. Para tetamu VIP dan siswi-siswi yang hadir dijamu makan tengahari sekali lagi disediakan oleh mbak. Selesai sudah majlis perasmian pagi itu..huh..lega rasenya saya sebagai ajk protocol pada majlis tersebut…

2.00 p.m – siswi-siswi berkumpul semula di perkarangan bangunan JAKMAS dan HEP untuk acara sebelah petang. Antara acara yang dijalankan adalah seperti make-up contest, fesyan tudung ngeto, kuiz dan acara sukaneka…lihat sahaja gelagat-gelagat para peserta dalam pic2 dibawah ini..check it out!!











































0 comments: