Friday, August 7, 2009

Yahoo! mask free 4 KKIP student's..

7 Julai 09, Selasa - Bertempat di perkarangan bangunan JAKMAS Kolej Kediaman Indah Permai, barisan JAKMAS dengan penuh bangga dan berbesar hatinya telah mengedarkan topeng2 untuk semua warga KKIP bagi melindungi diri daripada virus H1N1. Langkah pencegahan yang diambil ini sangatlah bertepatan dengan waktunya kerana kes kematian akibat virus ini di malaysia sudah mencecah angka 15 (sekitar jam 11 malam, 7 julai). Tambahan pula Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia pada ketika ini tidak begitu baik, kempen 2 in 1 (jerebu + H1N1) ini amat sesuai dengan keadaan semasa. Kepada rakan - rakan, jagalah kebersihan dan kesihatan anda selalu, dan kalau boleh elakkan la diri anda berkunjung ke tempat - tempat yang terdapat ramai orang. Almaklumlah, Sabah menerima ramai pelancong asing dari luar negara.

P/S - Teringat lak kat seorang teman yang teringin sangat nk pakai mask ade gmbar cartoon2, comel katenye.. Hehe.. Out!

0 comments: