Wednesday, August 19, 2009




* Wajah siapakah yg dipilih untuk menjd cover banner Pesta Kaamatan kali - 9?? Beruntung btl..















* Top 7 Unduk Ngadau Pesta kaamatan 2009..

PESTA KAAMATAN KALI KE - 9 2009

19 Ogos, Rabu - Pesta Kaamatan kali ke 9 berlangsung dengan meriah walaupun terdengar sedikit rungutan dan kekurangan sambutan Pesta Kaamatan pada malam itu. Penonton yang hadir agak memberansangkan walaupun ramai yang memilih untuk balik lebih awal kerana majlis dijangkakan akan berakhir lewat malam. Pertandingan Unduk Ngadau telah dimengangi pelajar Sekolah Sains Sosial jurusan Komunikasi.

Tuesday, August 18, 2009

puasa oh puasa...

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ny, geng kucharkachir bawakan beberapa fakta mengenai berbuka puasa dan sahur untuk panduan rakan-rakan semua. Selamat berpuasa dan selamat beramal...

Waktu berbuka...
Ø Berbuka puasa adalah seperti kita bersarapan pagi


Ø Kurma adalah makanan yang paling baik diambil ketika berbuka puasa kerana kurma mengandungi sumber gula,serat, karbohidrat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Kurma juga berfungsi untuk menaikkan gula darah yang rendah ke paras normal.



Ø Makan dalam kadar perlahan. Elakkan makan dalam jumlah yang banyak. Cuba kawal diri anda dari makan melebihi had yang sepatutnya kerana makan berlebihan tidak baik untuk perut.

Ø Elakkan makan terlalu banyak kuih muih dan air manis serta yang berkarbonat kerana makanan dan minuman seperti ini mengandungi kadar gula yang tinggi dan ia tidak bagus untuk kesihatan anda.
Waktu bersahur...
Ø Jika waktu berbuka puasa diibaratkan seperti bersarapan, ketika sahur pula kita seperti mengambil makan malam

Ø Adalah digalakkan untuk mengambil makanan dari jenis karbohidrat kompleks agar dapat bertahan lama selain dapat mengurangkan rasa lapar. Ianya boleh di dapati dalam jenis makanan berikut iaitu biji-bijian seperti bijirin mil penuh, nasi dari beras perang, oat, kacang dan kekacang.

Ø Bersahurlah pada awal pagi dan jangan sesekali bersahur sebelum masuk tidur. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan perut di kosongkan terlalu lama.
Ø Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak dan lemak yang berlebihan. Elakkan juga makanan yang berempah selain makanan yang mengandungi gula berlebihan (manisan)


Ø Amalan memakan makanan yang berserat tinggi adalah digalkkan untuk memudahkan sistem penghadaman dan mengelakkna peningkatan asid dalam perut.

Wednesday, August 12, 2009

LAGI DAN LAGI TENTANG H1N1

12 Ogos, Rabu - Penularan wabak H1N1 sangat membimbangkan. Terbaru kedengaran Universiti Malaysia Sabah dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajarnya yang dikatakan terkena jangkitan Influenza A H1N1. Penuntut dinasihati untuk mengambil langkah - langkah kesihatan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dijauhi daripada terkena jangkitan virus H1N1.

Menurut sumber pengkaji daripada Hospital Sultanah Aminah, Jay Bee, amalan seperti memakan banyak buah - buahan dan meminum banyak susu dikatakan boleh mencegah jangkitan virus N1N1. Bersihkan buah sebelum memakan buah tersebut untuk membuang bahan kimia yang terdapat pada buah. Adalah lebih baik mencegah daripada merawat.

Tuesday, August 11, 2009

JALINAN BANGSA MENGEKALKAN BUDAYA

11 ogos, Kota Kinabalu – Jalinan Bangsa Mengekalkan Budaya. Tema Pesta Kaamatan kali – 8 peringkat ipta/s tahun 2009 yang mana pelancarannya telah berlangsung pada 11 Ogos pukul 2 petang bertempat di dewan resital, Universiti Malaysia Sabah. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr. Shariff A . K Omang, Pemangku Timbalan Naib Nanselor HEP dan alumni UMS.








Objektif Pesta Kaamatan kali ini ialah mengeratkan hubungan antara etnik dan kaum di negeri Sabah ini, memperkenalkan kebudayaan dan tradisi masyarakat Sabah dan ingin menerapkan nilai - nilai murni serta mengenal dan mangetahui asal usul budaya masyarakat Sabah khususnya.

Pesta kaamatan kali ini akan bermula pada 10 hingga 13 Ogos yang mana gerai – gerai dan pertandingan akan diadakan sebelum malam kemuncak pada 17 ogos ini yang akan berlangsung di Dwn Canselor, UMS bermula pukul 6 ptg. Tiket2 Pesta Kaamatan telahpun diedarkan. Pelajar dan org luar juga dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Tiket - tiket boleh diperolehi daripada AJK2 Pesta Kaamatan atau anda terus ke foyer library untuk mendapatkannya.

negara aman makmur sejahtera,
rakyat berpadu kekal sentosa,
jalinan bangsa mengekalkan budaya,
1 malaysia capai bersama.

Sunday, August 9, 2009

H1N1 DAN JEREBU..


10 OGOS, KOTA KINABALU - Berikutan keadaan cuaca jerebu yang semakin teruk, semua pelajar dinasihati sentiasa mengambil perhatian akan kesihatan mereka. Jerebu yang membimbangkan ini ditambah pula dengan penularan wabak influenza A H1N1. Setiap pelajar terutamanya yang berada di Universiti Malaysia Sabah dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan sentiasa memakai topeng muka bagi mengelakkan diri daripada terkena dan mengurangi jangkitan terhadap wabak H1N1 seterusnya sebagai pelindung daripada asbut jerebu yang semakin teruk.


Mereka yang mempunyai tanda - tanda dijangkiti wabak H1N1 seperti sakit kepala, demam yang berterusan, hidung berair, sakit - sakit tulang dan batuk dinasihati berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera bagi mendapatkan rawatan untuk pencegahan seterusnya mengelakkan jangkitan wabak menular kepada individu lain.





virus dan jerebu dtg bertandang,
tanpa pelawa tanpa diundang,
jaga kebersihan jaga kesihatan,
kekal sihat sepanjang zaman.

Saturday, August 8, 2009

FFM KE - 22 KOTA KINABALU, SABAH..

8 ogos, Kota Kinabalu - Tahun ini para penggiat seni tanah air terutamanya mereka yang bergiat dalam bidang lakonan dan penerbitan filem akan berkampung di Negeri di Bawah Bayu, Sabah bagi meraikan Festival Filem Malaysia (FFM) ke - 22. FFM yang berlangsung di Dewan Cancelor UMS kali ini bertemakan slogan 'Filem Malaysia Ke Persada Dunia'.
Tuan Yang Terutama negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Hj Ahmadshah bin Abdullah telah berkenan untuk hadir ke majlis yang penuh gemilang pada malam itu. Turut sama hadir ialah Menteri Penerangan Komunikai dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dan ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.








Liyana Jasmaay telah memenangi anugerah bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik manakala bagi kategori lelaki dimenangi oleh Afdlin Sauki. FFM Kota Kinabalu pada tahun ini berlangsung dengan lancar dan semoga industri perfileman tanah air sentiasa maju ke depan dan penggiat seni tanah air terus berjuang dan berusaha untuk menghasilkan karya - karya bermutu. Semoga mereka yg bergiat dlm industri ini terus ikhlas dan setia berjuang tanpa mengenal erti putus asa mencipta hasil karya baru yang baik dan berkualiti untuk memartabatkan filem tempatan dan melonjakkannya hingga ke mercu antarabangsa setanding filem - filem antarabangsa.

filem malaysia ke persada dunia,
terus maju ke mercu tanda,
anak seni terus berkarya,
baik mutu juga hasilnya..